Bahai-Faith.org – Melayu

“KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA, KEAMANAN DAN KESELAMATANNYA TIDAK DAPAT TERCAPAI MELAINKAN SEHINGGA KESATUANNYA DIDIRIKAN DENGAN KUKUH.” 1
-Bahá’u’lláh-

Bahá’u’lláh ialah Nabi-Pengasas Akidah Bahá’í, agama sedunia yang terbaru. Terdapat lebih dari 6 juta penganut-penganut yang tersebar di sekitar 235 buah negara-negara dan sempadan-sempadan.

Apakah itu Akidah Bahá’í?
“Akidah Bahá’í mengesahkan kesatuan Tuhan, mengakui kesatuan Nabi-Nabi-Nya, dan menyemai prinsip kesatuan dan kebersatuan seluruh umat manusia. Ia mengumumkan keperluan dan kepastian penyatuan umat manusia.” 2

Siapakah Bahá’u’lláh?
Bahá’u’lláh ialah Pengutus Tuhan bagi zaman ini dan Dia Yang Dijanjikan oleh semua agama-agama. Baginda menderitai pemenjaraan selama 40 tahun dan telah dibuang negeri dari Tihrán di Iran ke Constantinople/Istanbul di Turki dan ke Adrianople/Edirne di Turki hingga ke ‘Akká di Tanah Suci (gambar), tempat di mana Baginda meninggal dunia pada tahun 1892 (gambar). Bahá’u’lláh bermaksud “Kemuliaan Tuhan”.

“Inilah Hari yang mana umat manusia dapat melihat Wajah, dan mendengar Suara, Dia Yang Dijanjikan… Sungguh unggulnya Hari ini! Kilasan yang dinyatakan di dalam semua Kitab suci sebagai Hari yang mana Tuhan mengakui keagungannya. Roh suci setiap Nabi Tuhan, setiap Pengutus Suci, telah mendahagakan Hari yang mengagumkan ini.” 3

Nabi Báb ialah Perintis Bahá’u’lláh. Baginda ialah Pengutus Tuhan Yang menyediakan manusia untuk kedatangan Bahá’u’lláh. Baginda mengumumkan Misi-Nya pada tahun 1844 di Shiráz di Iran (gambar). Setelah mengalami penderitaan dan pemenjaraan selama enam tahun, Baginda telah dimatisyahidkan (gambar). Penganut-penganut-Nya telah diseksa dan lebih dari 20,000 orang dihukum mati. Báb bermaksug “Pintu”.

‘Abdu’l-Bahá (gambar), anak lelaki sulung Bahá’u’lláh, adalah Contoh Terbaik ajaran-ajaran Bahá’u’lláh dan telah dilantik sebagai satu-satunya pentafsir Tulisan Suci-Nya. Beliau juga mengalami penderitaan dengan Bahá’u’lláh di penjara. ‘Abdu’l-Bahá bermaksud “Hamba Tuhan”.

Apakah ajaran-ajaran Akidah Bahá’í?

Kesatuan Tuhan
“Tidak ada penafian apa-apapun bahawa manusia di dunia, dari mana-mana bangsa atau agama, akan memperoleh inspirasi dari satu Punca syurgawi, dan adalah taklukan Tuhan yang satu.” 4

Kesatuan Agama
“Tujuan agama seperti yang telah didedahkan oleh syurga Ketetapan suci Tuhan ialah untuk mendirikan kesatuan dan kerukunan di kalangan manusia seluruh dunia.” 5

“Setiap Revelasi Suci telah diturunkan melalui cara yang sesuai dengan keadaan zaman yang mana ia diwujudkan.” 6

“Ketahuilah dengan kepastian bahawa dalam setiap Dispensasi, cahaya Revelasi Suci telah dikurniakan kepada manusia dalam kesemimbangan yang sesuai kepada kemampuan rohani mereka.” 7

“Ketahuilah dengan pengesahan bahawa intipati semua Nabi-Nabi Tuhan ialah satu dan sama. Kesatuan Mereka ialah mutlak. Tuhan, Pencipta, bersabda: Tidak ada perbezaan apa-apapun di kalangan Pembawa Perutusan-Ku.” 8

Kesatuan Umat Manusia
“Wahai Anak-Anak Manusia! Tidak tahukah engkau mengapa Kami menjadikan engkau semua dari tanah yang sama? Supaya yang satu janganlah meninggikan dirinya di atas yang lainnya… Kerana Kami telah menjadikan engkau semua dari zat yang sama, maka adalah kewajipanmu untuk menjadi laksana satu jiwa, … supaya dari kewujudanmu yang terdalam, dengan perbuatan-perbuatan dan tindakan-tindakanmu, tanda-tanda kesatuanmu dan inti ketakterikatan dapat dijelmakan.” 9

“Engkau semua adalah daun-daun sepohon dan titisan satu laut.” 10

“Jadilah laksana jari-jari satu tangan, bahagian-bahagian satu tubuh.” 11

Agama haruslah menjadi Punca Cinta dan Kasih Sayang
“Agama seharusnya menyatukan semua kalbu dan menjadikan peperangan dan perselisihan lenyap dari muka bumi, melahirkan kerohanian, dan membawa kehidupan dan cahaya kepada setiap kalbu. Jika agama menjadi punca ketidaksukaan, kebencian dan pemisahan, adalah baik untuk tak mempunyainya, dan mengundur dari agama sebegitu adalah satu tindakan ibadah yang benar.” 12

Penghapusan Prasangka
“… prasangka-prasangka terhadap agama, bangsa, negara, dan politik, semua adalah subversif kepada asas masyarakat manusia, semua menuju ke penumpahan darah, semua membawa kemusnahan kepada manusia. Selagi perkara-perkara ini masih ada, peperangan yang amat ditakuti akan berterusan.” 13

Tujuan Kehidupan
“Semua manusia telah diciptakan untuk membawa ke hadapdan satu tamadun yang sentiasa maju… Untuk berkelakuan seperti haiwan di padang rumput adalah tidak wajar bagi manusia. Nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan maruahnya adalah kesabaran, belas kasihan, kasih sayang dan kebaikan hati terhadap semua manusia dan saudara di bumi.” 14

Potensi Manusia dan Kepentingan Pendidikan
“Anggaplah manusia seperti satu lombong yang kaya dengan permata-permata yang tak ternilai. Hanya pendidikan dapat menjadikannya menjelmakan khazanahnya, dan menyebabkan manusia mendapat manfaat daripadanya.” 5

Pendidikan Diri
“Bagaimanakah engkau melupakan kesalahan diri sendiri dan menyibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain? …janganlah perbesarkan kesalahan orang lain supaya kesalahanmu tak kelihatan besar.” 16

“Penjelmaan Suci Tuhan telah dihantar untuk memperlihatkan kesatuan umat manusia. Demi ini Mereka menderitai kesakitan dan kesengsaraan yang tak terkira, supaya satu komuniti di kalangan umat manusia yang menyimpang dapat berkumpul dalam bayangan Kalimat Tuhan dan hidup bersatu, dan dapat, dengan kegembiraan dan lemah-lembut, memperlihatkan kesatuan umat manusia di bumi.” 17

Bahá’u’lláh telah mewahyukan ajaran-ajaran rohani dan sosial dan undang-undang yang diperlukan manusia untuk menyelesaikan masalah-masalah hari ini. Tidak ada golongan paderi dalam komuniti Bahá’í. Sebaliknya, terdapat institusi-institusi pada peringkat tempatan, nasional, dan kebangsaan, yang mana setiap satu mempunyai sembilan ahli Bahá’í yang telah dilantik. Jika dalam hati, anda bersetuju dengan apa yang anda telah baca, lalu anda boleh menganggap diri anda sebagai seorang Bahá’í dan dapat dihubungkan keluarga Bahá’í sedunia. (Hubungi Kami).

Beberapa Petikan Tulisan Suci:
“Aku naik saksi, Ya Tuhanku, bahawa Engkau telah menjadikan daku untuk mengenal dan menyembah Engkau. Aku naik saksi pada saat ini akan kelemahanku dan kekuatan-Mu, kemiskinanku dan kekayaan-Mu. Tiada Tuhan lain kecuali Engkau, Penolong dalam Bencana, Yang Berdiri Sendiri.” 18

“Menyelamilah dirimu ke dalam samudera kalimat-kalimatKu, agar engkau dapat membuka rahsia-rahsianya, dan menemui semua mutiara kearifan yang tersembunyi di dalamnya. Berjaga-jagalah agar engkau tidak berbolak-balik dalam kesungguhan engkau untuk memeluk kebenaran Akidah ini.” 19

“Bacalah kamu ayat-ayat Tuhan setiap pagi dan petang.” 20

“Barangsiapa melafazkan, di kamar peribadinya, rangkap-rangkap yang diwahyukan oleh Tuhan, maka malaikat-malaikat Tuhan yang berselerak luas akan menyebabkan keharuman kalimat-kalimat yang diujarkan oleh mulutnya, dan akan menyebabkan hati setiap orang salih untuk berdegup. Meskipun dia mungkin, pada mulanya, tidak menyedari kesannya, namun sifat kurnia yang terjamin baginya, akan lambat-laun memperlihatkan pengaruh ke atas atmanya.” 21

Nota Laman Utama
1 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh CXXXI
2 Shoghi Effendi, Seruan kepada Penduduk Dunia, hlm. XII
3 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh VII
4 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh CXI
5 Bahá’u’lláh, Loh-Loh Bahá’u’lláh, hlm. 129
6 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh XXXIV
7 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh XXXVIII
8 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh XXXIV
9 Bahá’u’lláh, Kalimat-Kalimat Tersembunyi, Bahasa Arab 68
10 Bahá’u’lláh, Loh-Loh Bahá’u’lláh, hlm. 27
11 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh LXXII
12 ‘Abdu’l-Bahá, Ceramah-Ceramah Paris, hlm. 116
13 ‘Abdu’l-Bahá, Bahá’u’lláh dan Era Baru, hlm. 246
14 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh CIX
15 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh CXXII
16 Bahá’u’lláh, Kalimat-Kalimat Tersembunyi, Bahasa Arab 26 dan Bahasa Parsi 44
17 ‘Abdu’l-Bahá, Seleksi dari Tulisan-Tulisan ‘Abdu’l-Bahá, hlm. 278
18 Bahá’u’lláh, Doa-Doa Bahá’í, hlm. 4
19 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh LXX
20 Bahá’u’lláh, Pendalaman, hlm. 1
21 Bahá’u’lláh, Himpunan dari Tulisan Suci Bahá’u’lláh CXXXVI